Saturday, May 30, 2009

leaving the cleaning up behind..

In conjuction with the school break, I'm taking a break too... Not going anywhere special. Just to KL to meet up with some friends and visit a dear friend who just had his right leg amputated due to diabetes... That's a real tragic la.. losing your leg at such a young age when you have a lot of things in front of you... Hope he's doing ok..

I'd better start packing now.. will be leaving in a few hours.. Adios!

Tuesday, May 26, 2009

kalau tak sedar juga, tak tahulah nak kata apa lagi..

Tadi ada menerima email dari seorang teman.. Menarik! Sarat dengan kebenaran! Fikir-fikirkanlah....

Subjek: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka:-

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh... Mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: .................................. (terkedu)

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

Apa pendapat anda??

p/s: Sudah terang lagi bersuluh... Namun masih ramai Melayu yang tak sedar akan hak hakiki mereka... Sudahlah ketinggalan dari segi ekonomi dan pendidikan.. Satu-satunya peninggalan arwah nenek moyang (hak-hak istimewa org melayu) pun nak dijualnya kepada bangsa lain... Bukan bersikap perkauman, cuma tidak mahu dimasa akan datang Melayu hanya gah pada nama (MALAYsia) tapi akhirnya merempat di bumi sendiri... Pengalaman berada di Papua New Guinea sudah cukup mengajarku untuk memastikan agar bangsaku terus menjadi Tuan di bumi MALAYsia ini.. Jangan pula kita meneyesal di kemudian hari...

Friday, May 22, 2009

syukur......

Zambry kekal Menteri Besar Perak

PUTRAJAYA 22 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Keputusan itu dibuat selepas panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Md. Raus Shariff berpuas hati bahawa Sultan Perak betul ketika melantik Zambry menggantikan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 6 Februari lalu.

Walaupun keje sebagai tukang cuci je, aku sangatlah mengambil berat dengan senario politik negara terutamanya hometown aku - Perak. Setelah pelbagai kemelut yang melanda Perak selama lebih kurang setahun dua bulan (bermula dari keputusan PRU12), aku harap keputusan mahkamah rayuan pada hari ni will be the end of it..

Aku amat-amat bersyukur kerana Perak kembali ke Barisan Nasional. Walaubagaimanapun BN perlu ambil ikhtibar dgn apa yg berlaku.. BN perlu kembali hidup bersama rakyat - merapati dan memahami kehendak mereka.

All the best to Dato Seri Dr. Zambry, BN dan UMNO!

Sunday, May 17, 2009

unik Perak ni...

Semua bertanya, "apa dah jadi dengan Perak ?". Baik kawan2 dalam Perak sendiri mahupun kawan2 di luar Perak semuanya mahukan jawapan pada soalan tadi. Senario politik di Perak memang mendapat perhatian semua pihak. Kalau orang luar keliru, kami orang2 perak lagikan pula... Sejak PRU12, memamg glamer menjadi orang Perak... ahaks! ;D

Jawapan aku bagi soalan tadi tu senang je... Perak ni unik. Semua yang luar biasa dan penting berlaku di Perak.
a) Siapa yang berani bunuh orang putih (JWW Birch) waktu tengah mandi masa penjajahan british? Orang Perak
b) Siapa yang mewarisi Kesultanan Melaka setelah kejatuhannya akibat pencerobohan Portugis? Orang Perak
c) Di manakah timah mula2 dijumpai? Perak
d) Dimanakah getah mula2 ditanam? Perak
e) Dimanakah jalan keretapi mula2 di bina? Perak

Itu cumalah sebahagiannya. Jadi.. tak hairanlah kalau..
a) negeri manakah yang ada DUA Menteri Besar? Perak
b) negeri manakah yang ada DUA speaker DUN? Perak (Nizar masih anggap Sivakumar sebagai speaker)
c) negeri manakah yang mempunyai DUA ketua pentadbir kampung? Perak (JKKK dan JKKP)
d) Sultan manakah yang dicalar kedaulatannya dan cuba dibawa ke mahkamah oleh Karpal Karam Singh? Sultan Perak
e) Negeri manakah berlaku rusuhan samseng2 jalanan sehingga ada yang sanggup tidur terbaring atas jalan depan Istana pulak tu..? Perak

Itu just to name a few la kan....

So, kerana uniknya Perak dari dulu sampai sekarang, maka orang Perak tak perlulah pusing2 kepala dan stress fikir pasal ni... Perak memang tempat sejarah dicipta.. chewah!!! hehe...

Melalui undang-undang, Kerajaan Perak dapat kepada Pakatan Rakyat. Kerana undang-undang juga Barisan Nasional mendapat semula menjadi kerajaan di Perak. Dan kerana undang-undang juga Nizar mendapat semula menjadi Menteri Besar. Namun kerana prosedur undang-undang juga Zambry kekal di kerusi Menteri Besar sehingga hari ini. Insyaallah kerana undang-undang juga segala kekalutan akan berakhir tak lama lagi... Doa aku adalah kepada Barisan Nasional.. ;D

Ramai yang takut dan mengatakan Perak huru hara kerana apa yang berlaku pada persidangan DUN yang lalu. Bagi aku, baik huru hara dalam dewan, jangan huru hara atas jalanan macam di Thailand. Sehingga kini kehidupan di Perak tetap berjalan seperti biasa.. Alhamdulillah....

Wednesday, May 13, 2009

bbb...bbb...bbb...bomoh!

Semalam mak saudaraku meninggal dunia. Setelah hampir 2 tahun menderita pelbagai penyakit, beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yg terakhir pada jam lebih kurang 10pg. Selepas zohor aku dan family bertolak ke Teluk Intan. Dah terlanjur di sana, abah terus buat plan nak ke lumut terus untuk bertemu dgn seorang bomoh yg bernama Pak W. Tujuannya untuk bertanya tentang mak yg semenjak dua menjak ni asyik libang libu je hatinya.. Tak tenteram sehinggakan tak lalu nak makan dan tak tidur lena. Keduanya untuk bertanyakan pasal aku dan kejadian anehku..

Setelah selesai majlis pengebumian kami terus ke Lumut. Dalam jam 9mlm barulah sampai di umah Pak W. Mulanya bertanyakan hal mak. Alhamdulillah kata Pak W, mak tak diganggu oleh apa-apa. Mak cuma perlu 'makanan' hati je iaitu berzikir 1000kali sebelum tidur.. Hmm.. padahalnya maklah orang yg selalu berzikir. Hampir setiap pagi sebelum pergi kerja mak akan ingatkan aku untuk berzikir sepanjang perjalanan. Entah kenapa mak diduga ketenteraman hatinya.. hmm...
Kemudian, turn aku pulak. Pak W menggunakan limau nipis dan air dalam perubatannya. Dan yang paling penting, dia menggunakan ayat suci Al-Quran. Sebab tu kami sekeluarga yakin dengan dia. Setelah habis limau dihiris, Pak W terus bertanya:

PW : Ada yang mengikut kamu ke?
Aku: Ha?
PW : Ada yang mengikut kamu ni...
Aku: Apa maksud Pak W?
PW : Yang tv pasang sendiri tu dia nak bagitau kamu yang dia ada.
Aku:
tergamam... melihat Pak W tanpa berkelip
PW : Dia hembus kamu masa kamu kena tindih tu.. Tu yang kamu boleh gerak lepas
tu..
Aku:
terus tergamam
PW : Tapi, jangan takut.. Ni bukan yang tak baik.. Ni rezeki ni.. Bagus ni..

Temanggu kejap. Ada yang mengikut? Maksudnya dia selalu berada di sisi aku? Memerhatikan aku? Yang baik? Rezeki? Macam mana dia bleh ikut aku? Memang arwah opah ada saka. Tapi kami dah buang. Aku takde plak 'menerima' golongan halus ni... Aku tak tau nak rasa apa sebenarnya... Nak kata gembira tak juga.. Nak kata takut.. well, ada la sikit.. Aku tak mau 'diikut'. Aku tak mau diperhatikan.. Confirm lepas ni aku tak berani nak tinggal kat umah sorang2!
HT, temankan aku!!!!

Sunday, May 10, 2009

Spoo..spoo.. spoo..spooooooky!

Actually the incident of being 'pressed on' (ditindih) the other day is not the first time for me. I've had the same incident for quite a number of times especially when I was still living in my old house. In fact, there was this one time where I felt coldness in the room, as if something very cold was hugging me. Immediately I ran to my mom and slept with her that night.
Ever since we moved to our new house, this spooky incident only happened once in a while. But, somewhere last year, there were a couple of nights where, while I was sleeping, I felt as if the edge of the mattress where my feet were, was pressed on. It felt as if something was sitting on it. I told my mom. She then prepared some 'air yassin' and sprinkled it around the room. It was ok after that. Everything went back to normal. I didn't get any disturbance anymore until early this year... It was bizarre.. This is how the story goes...
I was exhausted. I went to places almost every weekend and this particular one I had to work on Saturday. Just my luck. I got home around 2pm. Then, after refreshing myself I started checking my emails of 2 weeks. So, it took me quite a while to check all my emails. Since I didn't want to be disturbed by my nephews (they like to play in my room), I locked the door. I was all alone. Just me and my laptop. The tv was off. I seldom listen to the radio. Just the sound of the cool air coming out from my air conditioner (yup, it needs to be serviced). After what seemed like one and a half hour, I then decided to have my forty winks. I had an appointment at 5, so a nap would refresh me. The room was quiet. I was flying high in the dreamland. My soul was being sucked deeper and deeper to the unknown. Suddenly, I heard a 'click'and I opened my eyes... "Yeah, kita bersama dengan artis yang seterusnya, Hattan dengan lagunya Cinta Si Rama-rama" The TV was switched on! I got up instantly! Looked around me. I was trying to find my nephews. Did they come in while I was sleeping? I didn't see them. I stared at Hattan. He was starting to sing his new number. I walked slowly to the attached bathroom. No one was there. Who switched on the idiot box? I stared at the door. It was shut closed. Wait a minute! I had locked the door! No one could enter my room without me opening it. So.... who switched on the tv? Because it is quite an old tv, the remote controller doesn't work anymore. I had thrown it away yearssssssss ago. I have to press the button on the tube to switch it on. I stared at the screen. My favourite band, Meet Uncle Hussein was singing 'Lagu Untukmu' now. It was a live telecast program called HITS from TV1. I knew this program but had never watched it before. I listened feelinglessly to MUH. I was still baffled. Who switched on the tv? Was I scared? No. Did my heart beat fast? No. I was just...... confused! It doesn't make sense. I'm still wondering until today, what triggered the tube. How did it self-activate itself? When I told my parents the next morning, Mak went quiet while Abah continued eating his breakfast. After like 5 minutes...

Mak : Sebab kamu banyak sangat berjalan sana sini. Pastu kadang2 balik sampai
lewat malam.. Mungkin ada yg mengikut.
Abah: Ish, ngarut je.. Entah-entah memang kamu dah on tv tu.
Me : ok bah, kalau ter'on' pun, kenapa after about 2 hours baru gambar dia keluar?
Silence.

Then I gathered the plates and mugs and washed the dishes.
It remained a mystery...

Saturday, May 9, 2009

mm..mmm..mmmm...momok!

Semalam sewaktu duduk melepak dgn kawan2 tukang cuci, kami bersembang baaaaaanyak perkara termasuklah pasal momok (bukan tomok ye! hehe..). Masing2 menceritakan penemuan atau kejadian aneh membabitkan 'mereka yang tak dapat dilihat'. Masa bercerita memang seronot..

Then, balik umah, tidur lewat.. So, subuh pun terlewat.. Memandangkan program hari ni (tukang cuci pun ada prog tambahan) start pukul 10pg, aku pun sambung tidur... Plannya 8.30pagi baru nak bangun... Bila mak gerak around 8, aku cakap "ok mak.. jap, jap.. lagi 5 minit" dan sambung tidur... dan masa itulah dia datang... waktu aku belum sempat pun kembali ke alam mimpi.. (tak, tak, bukan HT yang datang! kalaulah HT.... hmmmm... Cut!!! 18SX! hehe..) Dia datang sepantas kilat dan terus menghempap aku yang sedang tidur meniarap.

LEMAS..

SESAK..

TERCUNGAP-CUNGAP..

Cuba untuk melepaskan diri...

Cuba untuk menggerakkan jari hatta satu sentimeter pun...

Cuba untuk menjerit memanggil mak di tingkat bawah...

Tak berjaya...


Dia terus berada di atasku.. Terasa seperti kaki dan tanganku dipegang ketat.. Terasa seolah-olah dia ketawa.. Gembira melihat aku lemas, sesak dan tercungap-cungap mencuba untuk memboloskan diri.. Dalam tawanya itu, tiba2 aku terasa seperti dia mengubah kedudukannya... Terasa seperti kepalanya dekat dengan kepalaku... Dan kemudian.. dia menghembus ke pipi ku... Dua kali aku merasakan udara dihembuskan ke pipiku! Aku tergamam! Tak mungkin! Tapi itulah yang aku rasa.. Tak boleh jadi! Dan aku terus mencuba sedaya upaya menggerakkan badanku! Aku perlu melepaskan diri! Aku perlu!

Aku berjaya! Aku bingkas bangun! Terus aku pandang sekeliling! Tiada apa-apa... Jantungku berdegup kencang..
Tanpa buang masa, terus aku turun katil dan bergegas ke bawah. Mak dan abangku ada di sofa. Terus aku landing di atas sofa... Sepatah pun tak keluar dari mulut ku.. Degupan jantung masih rancak.. Aku cuba melelapkan mata... Penangan si dia terus menghantui.. Adakah tadi sekadar mimpi? Atau sememangnya realiti?
Sehingga kini (setelah 8 jam berlalu) setiap kali aku masuk bilik, terasa seperti diperhatikan.. Mata dia terasa seperti mengekori tindak tandukku... Adakah aku sekadar berimaginasi? Menakut-nakutkan diri sendiri? Adakah ianya akan berulang lagi? Harap tidak...
HT!!!!!!!! Tolong daku...!

Sunday, May 3, 2009

kerja la oiii!

Cuti hujung minggu 3 hari sekejap je sebenarnya... rasa tak habis lagi merehatkan otot-otot badan dan otot-otot otak ni... tapi, yelah, ok lah jugak dapat 3 hari ni dari takde cuti langsung kan? So, esok aku kembali kepada keje-keje mencuci dan bahan cucian aku. Yang keje ofis, kembali kepada komputer dan fail-fail yang berselerak atas meja. Yang keje buruh binaan, kembali kepada penyodok dan batu bata. Yang keje cikgu, kembali kepada papan hitam, kapur dan anak murid yang ramainya berspesis degil dari yang mendengar kata. Pendek kata sume kembali ke dunia mencari duit. Walaupun penat dan memenatkan, kenalah keje kan? Kalau tidak, sapa nak bayar bil api, air, telefon, sewa rumah dan macam-macam bil lagi. Kalau tidak, sapa nak belikan kasut baru, baju baru, make-up baru dan segala yang baru. Paaaaling penting, kalau tak kerja, miss shoru la jawabnya... Laaaaagi haru!!! So, kepada yang kembali bekerja esok, this song here is for you... (It is actually one of my favourite songs by MUH) ;D

MEET UNCLE HUSSAIN - La La La Kerjalah
La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La Laaa… La Laaa…

Ooh! Pening kepala
Memikirkan tak ada kerja
Tanam Anggur
Sijil diploma
Ah! Gantung didinding saja

Ooh! Lega rasanya
Jawat kerja pegawai pemasaran
Di Pertama
Rupa, oh! Rupanya
Kerja am sajaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

Ooh! Terpinga-pinga
Tak puas lagi beradu, mengantuk
Subuh hingga senja
Ah! Hari-hari sama saja

Ah! Nak bancuh kopi
Tapi gulanya tiada, minum saja
Kerja bagai nak gila
Ah! Tak juga kayaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

Gelisah, kugelisah
Mengenangkan masa depan
Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!