Thursday, October 15, 2009

Lovely Lunch with My Love


I didn't plan it. Honest! I have been in KL for 3 days now.. never once I called him.. I wanted to, but somehow my fingers refused to dial his number.

So, this morning we were both in the same hall.. A huge hall. My place was among the front rows. He was at the back, on the second floor. I had my hp in my hand and was listening to Mr. President giving his speech. Suddenly, it buzzed. A message came. From HT. Immediately a smile formed on my face.


HT : U duduk mana?

Happy Me : Kat depan ni ha... betul2 depan bos.. Just a few rows behind the VIPs

HT : Yelah, orang penting..

Happy Me : Penting apanye? Nak ngelat pun tak bleh.. u duduk kat mana?

HT : Kat belakang ni ha.. senang nak cabut! Tidor mana?

Happy Me : Dapat bilik kat Seri Pac tapi for the time being lepak umah my sis. U?

HT : I balik umah... Tak duduk hotel.

Happy Me : Since I dah kat KL ni, bila nak belanja makan?

HT : Ish, orang Kewangan la kena belanja..

Happy Me : No hal... I ok je.. tapi u la... bz selalu.. bila nak makan? lunch? tea? dinner? supper?

HT : Sekarang pun dah lapar.. Kita lunch lepas ni kat The Mall?

Happy Me : Ok, set!

Waduh gumbiranya tak terkata! Tak sabar nak jumpa HT! But right after that, another scandal sent me a text asking me to have lunch with him. I said sorry but scheduled him for dinner instead! hahahaha.. so slutty of me! hahahahaha

When the time came, I waited in front of The Mall. I was wearing white kurung with pink sarong and a matching pink tudung. Then I saw him walking calmly and looked heartbreakingly handsome in his shiny brown baju melayu, a matching expensive songket and a songkok. We were rightly dressed for akad nikah! Kalaulah ada tok kadi waktu tu! Dah tentu aku tarik je mana2 bangla or nepal kat depan The Mall tu jadi saksi kami! huhu! =D

We were both starving. I wanted to eat rice but we needed the privacy. So, instead of going to the food court, we went to Pizza Hut. Anything, as long as I'm having the meal with him. We talked and talked. He told me of his dissatisfaction on things regarding work and I shared his frustration. Then he advised me on things.. This is what I like most about him.. He's wise and has gone through quite a lot. He always uses his experiences to guide me in doing things in my life. While we were having lunch, my eldest sister came. She knew I was having lunch with HT but she needed to pass me some things. I introduced HT to her before she made her way out. Of course, later she told me that she found HT good looking and was hoping he would be a part of our family... Wishful thinking, sis! I want that too, but somehow............

Anyway, lunch with HT was the highlight of the day! It was the best thing that happend that day because right after that precious lunch, I was hit by bad luck.... Bad things happened one after another till the clock struck 12 midnight.

HT, I really enjoyed our lunch... Next time kita pegi jumpa tok kadi pula ye? hehehehe...

Wednesday, October 14, 2009

cuci, basuh, cuci, basuh..

Wah... Minggu yang sangat bz.. Terlampau bz dan hectic sampai period keluar tak henti-henti! Rasa macam dah berminggu-minggu tak jumpa anak cucian! entah macam mana la mereka buat ujian cucian tu ye...?

Sepanjang minggu ni pula aku kena ke KL... Menghadiri perjumpaan tukang-tukang basuh satu malaya... Banyak perkara yang berlaku.. Memang seronok dapat berjumpa dengan kawan-kawan basuhan.. Ada yang masih ingat pada aku.. Ada juga yang buat tak tahu... Tapi, ada aku kesah??? huahuahua... Ada perbincangan yang menarik untuk mempertingkatkan kaedah basuhan dan menarik lebih minat untuk semua menjadi ahli basuhan... Dalam berbincang ada juga lawak jenaka yang 18 SX.. Tersipu2 gak aku ni.. Mana idaknya, aku ni kan masih suci lagi... Innocent la konon! huhu! Tapi ada gak perbincangan yang membosankan serta memalukan dan tak masuk akal! Masa ni aku angkat kaki berjumpa dengan skandal2 aku! hahahahaha

Sebenarnya tak sabar nak balik ke tempat cucian dan menjadi tukang cuci.. Aku ni hidup dua alam.. Pagi ke petang jadi tukang cuci... Petang ke pagi jadi tukang basuh... Dua-dua memang kerja mulia, tapi kerja yang paling orang sekeliling tak hargai... Sabor je la.. Janji aku ikhlas dan tawaduk.. insyaallah...

Aku yakin kawan2 tukang cuci semuanya merindui aku! hehehe...

Saturday, October 3, 2009

Dugaan di bulan syawal....

Tak faham la..... Mengapa sesetengah orang tu, bila sudah dibantu, masih tak sedar diuntung? bukan sekali bantuan yang diberikan, malahan berkali-kali dari setiap segi! Kita cuba bantu dari setiap sumber yang kita tahu, malahan duit poket sendiri pun kita keluarkan agar keluarga yang kurang berkemampuan itu dapat makan sesuap nasi dan anak2 dapat ke sekolah.. Tup! Tup! Kita dikatakan memaksa mereka menerima bantuan tersebut? Kita pulak dikatakan tidak prihatin? Kita pula dituduh tidak memahami keperluan mereka? Sedih... kecewa... fed up... itulah yang aku rasa sekarang...


Kalau setakat bual mulut sahaja, aku boleh diamkan saja... tapi ini dah diwar-warkan dalam akhbar tempatan!!! Bukan nak mengungkit, tapi seingat aku sejak 5 tahun yang lalu, setiap kali raya, aku dan kawan2 berikan bantuan samada dari segi wang ringgit mahupun barangan keperluan. Malahan apabila anak sulungnya hendak mengambung pelajaran ke luar negara tahun lalu, aku dan kawan2 turut memberi bantuan kewangan.. Mungkin tak banyak, tetapi pasti dapat meringankan beban. Tahun ini pula, 2 orang anaknya diberikan bantuan pendidikan iaitu duit tunai untuk membayar yuran persekolahan. Untuk raya kali ini, rumahnya dicat oleh aku dan kawan2 dan sofa baru kami berikan. Separuh hari aku pergi dari sebuah kedai ke sebuah kedai perabot. Duit yang diperuntukan tak banyak, namun kerana ingin merealisasikan impian keluarga ini aku cari juga sofa yang baru, terkini tetapi mampu milik. Kerana bajet tak banyak, aku memohon kawan2 untuk menyumbangkan barangan 2nd hand yang masih baik. Hasilnya, aku dan kawan2 dapat mengumpulkan langsir yang memang cantik dan 2 helai karpet yang sedondon dengan warna sofa tersebut. Mereka kelihatan gembira apabila mendapat barangan tersebut. Aku dan kawan2 dua kali ganda gembiranya. Namun kerana kesuntukan masa, kami cuma dapat cat di bahagian depan rumah dahulu. Niat di hati, selepas raya, akan disambung semula. Baru seminggu berlalu selepas cuti raya.. Aku baru saja nak 'set time' dengan tukang cat untuk teruskan kerja2 mengecat. Tetapi kerana aku terpaksa berkursus di pantai, terpaksa dipostponekan. Tiba2 sudah keluar di dada akhbar tempatan yang aku dan kawan2 telah mengeksploitasikan keluarga ini untuk kepentingan sendiri!!! Adil ke? Patut ke? Ikut hati, hendak saja aku pergi ke rumah family itu dan bagi sepatah dua kata... Ikut emosi, nak saja tarik balik bantuan yang diberi... Ikut amarah, nak saja berhentikan bantuan selepas ini.. Tapi, bila teringatkan anak2 yang masih bersekolah itu, langkah terus jadi kaku... Memang ingin bersemuka dengan family itu, tapi aku perlu kekuatan.. aku takut didepan mereka akan berderai air mata ini... Tunggulah sahari dua lagi...


Namun kepada Allah yang maha Esa, aku berdoa, janganlah rasa kecewa ini membantutkan hasrat aku untuk membantu mereka yang memerlukan... Janganlah peristiwa ini menghalang aku untuk terus berbakti sedaya mungkin... Aku perlu tabah.. Namun hati ini memang terhiris dan menangis sendiri...

Friday, October 2, 2009

Allah The Almighty

Dari FB... Sekadar bahan bacaan untuk kita berfikir... Dia lebih mengetahui.

BismillahAllahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad Salamun 'alaikum

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.

Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya.

Subhanallah....