Friday, April 17, 2009

berani ke berubah?

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku selalu terfikir... Tak nak tukar profesion ke? Masih tahan ke dengan kerja-kerja yang dah menjadi rutin seharian? Tak mahu cuba sesuatu yang baru ke?
Tadi baru bersembang melalui telefon dengan seorang kawan (lelaki hensem yang tinggi, yang menjawat jawatan tinggi dan bergaji tinggi! hehe..). Dia baru rekrut seorang kawan lamanya yang satu profesion dengan aku untuk bekerja dengannya. Kata si hensem tinggi ni, kalau aku betul-batul serius, dia mungkin boleh memberi atau mewujudkan untuk aku jawatan di tempatnya. Tetapi, ada syaratnya... aku kena kahwin dengan dia!!! hahahaha... How I wish!! Takdelah... Syaratnya aku kena kerja di bandaraya hutan batu yang penuh pencemaran dan terkenal dengan traffic jam itu! (aah, lebih rela kawin dengan dia, terus aku tak payah kerja! hahahahaha). Hmmm... Menarik sebenarnya kalau dapat menukar angin.. Tapi takut pun ada... Sekarang ni dah biasa dengan kerja separuh hari dan cuti yang banyak terutamanya di hujung tahun. Takut pulak kalau bertukar kerja nanti, setiap kali november dan disember tiba, aku akan meroyan tengok kawan-kawan bercuti panjang, aku pulak kene kerja dari 9pg hingga 5ptg!! ish..ish..ish...
Sebenarnya takut kalau-kalau tak boleh sesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Takut kalau lebih susah dari yang dah ada. Takut kalau timbul penyesalan di kemudian hari. Takut kalau jatuh cinta lagi dengan si dia yang hensem tinggi ni! hahahaha..
Tapi, memanglah... Bertukar profesion ni nampak menarik tetapi ada risiko yang menanti... Bersedia ke aku ye? Hmmm.. Mungkin kena berjumpa dulu dengan si dia yang hensem tinggi ni untuk maklumat lanjut. Sebenarnya memang dah rancang nak 'dating' dengan dia masa berbual tadi. Kalau sempat hujung minggu ni nak jumpa.. Kalau tidak, hujung minggu depan dah dikosongkan untuk dia! hahahaha... Hei! FOKUSLAH! Ok..Ok.. Aku kena fokus... hehe.. Memarahi diri sendiri! Macam mana pun, aku tak boleh terburu-buru.. Nanti tertanggal bulu! hahahaha....

3 comments:

SWATANTRA said...

Kerja tukang cuci tu tak best sangat ke? Pertimbangkan faktor menolak dan menarik dulu...

SWATANTRA said...

Pilihan seterusnya, kawin je ngan mamat si hensem, tinggi dan ... ni!

snowysummer said...

bukan tak best keje cuci taik telinga badak ni... cuma.. macam nak perubahan la... tapi, ni baru cakap-cakap je.. belum ada yang menarik, tertarik atau ditolak..

ish.. kalau si hensem tinggi masuk meminang, memang on je! muahahaha gatazzzz!