Semalam mak saudaraku meninggal dunia. Setelah hampir 2 tahun menderita pelbagai penyakit, beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yg terakhir pada jam lebih kurang 10pg. Selepas zohor aku dan family bertolak ke Teluk Intan. Dah terlanjur di sana, abah terus buat plan nak ke lumut terus untuk bertemu dgn seorang bomoh yg bernama Pak W. Tujuannya untuk bertanya tentang mak yg semenjak dua menjak ni asyik libang libu je hatinya.. Tak tenteram sehinggakan tak lalu nak makan dan tak tidur lena. Keduanya untuk bertanyakan pasal aku dan kejadian anehku..
Setelah selesai majlis pengebumian kami terus ke Lumut. Dalam jam 9mlm barulah sampai di umah Pak W. Mulanya bertanyakan hal mak. Alhamdulillah kata Pak W, mak tak diganggu oleh apa-apa. Mak cuma perlu 'makanan' hati je iaitu berzikir 1000kali sebelum tidur.. Hmm.. padahalnya maklah orang yg selalu berzikir. Hampir setiap pagi sebelum pergi kerja mak akan ingatkan aku untuk berzikir sepanjang perjalanan. Entah kenapa mak diduga ketenteraman hatinya.. hmm...
Kemudian, turn aku pulak. Pak W menggunakan limau nipis dan air dalam perubatannya. Dan yang paling penting, dia menggunakan ayat suci Al-Quran. Sebab tu kami sekeluarga yakin dengan dia. Setelah habis limau dihiris, Pak W terus bertanya:
PW : Ada yang mengikut kamu ke?
Aku: Ha?
PW : Ada yang mengikut kamu ni...
Aku: Apa maksud Pak W?
PW : Yang tv pasang sendiri tu dia nak bagitau kamu yang dia ada.
Aku: tergamam... melihat Pak W tanpa berkelip
PW : Dia hembus kamu masa kamu kena tindih tu.. Tu yang kamu boleh gerak lepas tu..
Aku: terus tergamam
PW : Tapi, jangan takut.. Ni bukan yang tak baik.. Ni rezeki ni.. Bagus ni..
Temanggu kejap. Ada yang mengikut? Maksudnya dia selalu berada di sisi aku? Memerhatikan aku? Yang baik? Rezeki? Macam mana dia bleh ikut aku? Memang arwah opah ada saka. Tapi kami dah buang. Aku takde plak 'menerima' golongan halus ni... Aku tak tau nak rasa apa sebenarnya... Nak kata gembira tak juga.. Nak kata takut.. well, ada la sikit.. Aku tak mau 'diikut'. Aku tak mau diperhatikan.. Confirm lepas ni aku tak berani nak tinggal kat umah sorang2!
HT, temankan aku!!!!

2 comments:
HT LAGI....DALAM SERIUS CAM NI HT JUGA YG DIINTGAT...ANGAU TUI...HEHE
HT lah hero ku..!!!! ahak ahak.. :D
Post a Comment